
(Foto hiasan)
SELASA, 16 NOVEMBER – Kementerian Kesihatan, KKM menyarankan orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak COVID-19 untuk hadir dan menerima suntikan mereka.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemberian dos penggalak COVID-19 adalah strategi perlindungan yang penting terutama apabila pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan.

(Foto / sumber : Twitter @Khairykj)

(Foto / sumber : Twitter @Khairykj)
Menerusi ciapan di Twitter, dos penggalak amat penting kerana keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.
Tambahnya, pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara antaranya Chile di mana dos penggalak Pfizer diberikan kepada penerima Sinovac dan keberkesanan mencapai sehingga 95 peratus.
Buat masa ini, Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.
Selain itu, KKM juga kini sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain untuk keselamatan dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.