
(Foto hiasan)
SELASA, 16 NOVEMBER – Kira-kira RM200,000 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada individu dan penganjur parti politik.
Yang melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, akta 342 sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri DUN diumumkan 5 Oktober lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, jumlah kompaun itu membabitkan 12 kompaun yang diberikan terus di lokasi kejadian.
Buat individu yang melanggar prosedur standard operasi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara MKN.
Datuk Abdul Majid Mohd. Ali selaku ketua polis Melaka berkata :
‘’Mereka secara jelas telah melanggar SOP MKN Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika melaksanakan program berkaitan PRN dan kempen yang disyaki menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga tidak dapat dikawal oleh mereka’’
Beliau berkata, sebanyak seratus 98 ribu kompaun dikeluarkan, kepada individu dan penganjur parti politik.
Mengulas lanjut, sebanyak 41 kertas siasatan membabitkan kesalahan SOP dan menggugat ketenteraman awam dan kesalahan membabitkan akta Pilihan raya’
20 daripada 41 kes berkenaan melibatkan daerah Melaka Tengah, 13 kes di Aor Gajah dan Jasin 8 kes.
Abdul Majid berkata, “sepanjang tempoh berkempen, pihaknya telah meluluskan sebanyak 182 permit polis kepada individu yang memohon menggunakan kenderaan dengan pembesar suara”.
Seramai 2,322 pegawai dan anggota polis akan melaksanakan undi awal di 24 pusat mengundi di seluruh Melaka hari ini.