
(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein)
RABU, 17 NOVEMBER – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat pejuang Hawk 108 terhempas. Kemalangan berlaku di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira 10.07 minit, malam tadi.
Menurut kenyataan media rasmi TUDM, juruterbang pesawat berkenaan sedang menjalankan latihan penerbangan -night flying.
Kapten Mohamad Afffendi Bustami dilaporkan meninggal dunia manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera masih lagi menjalani rawatan di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan stabil.
Ketika kejadian kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan. Kedua-kedua anggota tentera berkenaan telahpun berkeluarga dan segala kebajikan mereka akan diuruskan oleh TUDM.
Sementara itu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, telah mengarahkan TUDM untuk memberikan laporan terperinci tentang insiden itu dan meminta agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berlebihan.

(Foto / sumber : twitter @tudm_rasmi)