
(Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Razali )
KHAMIS, 25 NOVEMBER – Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izra lizam Sanusi.
Mengikut pertuduhan, wanita berusia 29 tahun itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.