SELASA, 14 DISEMBER – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipercayai bakal ditayangkan untuk tontonan umum.
YADIM berkata, aduan itu dibuat susulan klip filem tempatan berjudul ‘Stay Away From Me’ yang menampilkan beberapa pelakon lelaki muda tular dalam media sosial baru-baru ini, dipercayai untuk menarik minat ramai. Aduan itu telah disampaikan oleh pegawai YADIM kepada Unit Aduan Pengguna SKMM.