
(Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)
SABTU, 18 DISEMBER – Satu lagi sayap baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia bakal dicadangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang bermula esok.
Sayap yang bakal dikenali sebagai Srikandi Muda, bertujuan menggalakkan lebih banyak suara golongan muda dari kalangan wanita.
Perkara itu disahkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden PPBM berkata :
“dalam satu perkara juga, pada hari Ahad dalam perhimpunan agung juga tahun ini kita akan menempa satu lagi sejarah…..jika diluluskan dalam perhimpunan agung tahunan kami, sayap Srikandi Muda.”
Beliau berkata demikan dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, petang tadi.
Perhimpunan tersebut akan diadakan secara fizikal selama dua hari di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) dengan dihadiri kira-kira 1,600 perwakilan daripada 197 bahagian dari seluruh negara.
Beliau juga berpendapat, penubuhan sayap-sayap baru ini bakal menyemarakkan lagi semarak demokrasi dalam negara kerana ia mewujudkan pelbagai pilihan parti politik kepada rakyat.