
Khemah First Aid disediakan | Foto: Sunway Lagoon
23 Disember 2021 , Khamis : Simpati dengan nasib mangsa banjir , Sunway Lagoon turun padang bagi membantu mereka yang terkesan dengan musibah yang melanda negara hujung minggu lepas.
Bukan sekadar teman tema yang popular di Malaysia, atas dasar simpati, kakitangan taman tema ini digerakkan bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan ke lokasi yang terjejas teruk akibat banjir, di Taman Sri Muda Shah Alam Selangor.
Pengarah Eksekutif Sunway Theme Park, Calvin Ho berkata pihak Sunway menyediakan peralatan pertolongan cemas kepada penduduk yang terjejas.
“ Kita menubuhkan khemas yang emnawarkan khidmat rawtaan kecemasan daripada pasukan first aid yang profesional” – Calvin HO

Menyediakan makanan bubur | Foto: Sunway Lagoon
Selain itu juga, pihak Sunway menyediakan keperluan seperti, Pelampung, Payung , Tuala berserta baju untuk mangsa dan sukarelawan.
“Paling Utama kami menyediakan Perahu untuk kegunan sukarelawan bagi memastikan operasi berjalan lancar. – Calvin Ho
Jelasnya, Sunway Lagoon juga menyalurkan Makanan bubur dan air mineral kepada orang ramai dilokasi berkenaa.
“Sebagai jaminan, pasukan cef kami yang berpengalaman di Sunway Lagoon akan terus memastikan bekalan bubur disediakan sehingga keadaan banjir kembali pulih,” katanya yang turut membuat tinjauan dan menyalurkan bantuan di Taman Sri Muda pada petang Selasa.