
(Aman Palestin turut membantu membersihkan kawasan banjir / sumber : twitter @numanmazlan)
KHAMIS, 23 DISEMBER – Sukarelawan dari Komuniti Palestin di Malaysia menyertai misi bantuan banjir bagi membersihkan Sekolah Rendah Agama Sungai Lui di Hulu Langat.
Misi bantuan banjir itu dijalankan dengan kerjasama Aman Palestin dan Kelab Perwira Malaysia.
Rakyat Malaysia merupakan antara yang paling awal dalam memberi bantuan kepada Palestin, sebagai balasan rakyat Palestin yang berada di Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negara ini yang sedang menghadapi musibah.