
(Ahmad Zahid Hamidi, perbicaraan kes rasuah ditangguhkan / sumber : kosmo)
JUMAAT, 24 DISEMBER – Perbicaraan kes rasuah melibatkan Bekas timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan kes rasuah ditangguhkan.
Perbicaraan itu ditangguhkan selepas permohonan dibuat dan bekas timbalan perdana menteri itu dilaporkan tidak berada dalam keadaan sihat.
Ahmad Zahid, menghadapi 40 kes pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara VLN yang ditetapkan hari ini dan esok.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan penangguhan itu selepas permohonan pembelaan dan tertuduh tidak sihat.
Prosiding hari ini turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal.
Setakat ini, lima saksi pendakwaan telah selesai memberikan keterangan pada perbicaraan sementara bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim masih di peringkat pemeriksaan balas.
Mahkamah juga telah menetapkan 18 hari untuk sambung bicara kes tersebut iaitu pada 3 Feb, 7 dan 8 Mac, 1 April, 10 hingga 13 Mei, 17 hingga 20 Mei, 30 dan 31 Mei serta 13 hingga 16 Jun.
Mahkamah juga menetapkan 25-29 Julai untuk hujahan lisan dan bertulis serta 24 Ogos untuk keputusan
Ahmad Zahid, 68 tahun berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah 13.56 juta dolar singapura, daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri.