KHAMIS, 30 DISEMBER – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi Mydin Prihatin melancarkan kempen OURDIN pada Rabu sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, kempen dengan slogan ‘Bersama Kita Bersatu’ dinamakan OURDIN berikutan tular di media sosial berkaitan usaha Mydin membantu mangsa banjir sehingga mendapat pujian ramai.