
( Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham ketika dihubungi TV Pertiwi berkenaan penangguhan ibadah umrah / sumber : TV Pertiwi)
RABU, 5 JANUARI – Penangguhan ibadah umrah berikutan peningkatan kes Covid-19 dan Varian Omicron akan menjejaskan banyak agensi umrah tempatan serta pihak yang berkaitan dengannya yang baru saja hendak bernafas semula.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham mencadangkan agar ibadah umrah tidak ditangguhkan sebaliknya mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat.
Menurut beliau jemaah bakal menampung kerugian besar kerana tidak mendapat kembali pulangan penuh kos pembiayaan umrah mereka dan pihak agensi turut terjejas berikutan tiket dan penginapan hotel yang telah ditempah membaitkan kos perbelanjaan yang tinggi.
Datuk Seri Razali Mohd Sham , Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) berkata :
“Jangan tangguh dulu SOP ketat kita terima jadi siapa nak pergi buat umrah biarlah dia pergi dapatkan kuarantin balik benarkan pergi jadi kuarantin semula diorang bayarlah Jemaah bayar siapa nak pergi kalau ditangguhkan pertama yang paling kecewa Jemaah dia mungkin tak dapat full refund yang ke-2 travel agen dia dah melabur duit untuk booking tiket dan hotel jadi akan rugi tetapi kalau katakan kerajaan bagi kelonggaran pergi bawa Jemaah jadi balik dikuarantin secara tak langsung ekonomi negara pun maju kerana hotel-hotel semua dapat pakej kuarantin hotel kita pun dapat hidup Jemaah Malaysia balik hotel pun hidup Jemaah pun happy semua happy daripada kita tutup kan susah semua kita buat macam tu.”

( Jemaah ibadah umrah bakal menampung kerugian besar. foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)
Kerajaan pada satu januari lalu mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula sabtu ini ke tarikh yang diberitahu kelak.
Ini berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.