
(Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong / sumber : TV Pertiwi)
RABU, 5 JANUARI – Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina.
Tanpa menyebut mana-mana pihak, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata mereka perlu insaf daripada keputusan itu kerana buat kali ini memihak kepada mereka.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata :
“Ada toleransi selama 64 tahun. Tetapi akhir-akhir ini sebab tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting”
Berkata kepada ISMAWEB, beliau menjelaskan orang cina tidak seharusnya angkuh. Ini kerana selama ini orang Melayu tidak kisah pun dengan sekolah Cina sebelum, selepas merdeka sehingga sekarang.
Namun, berikutan sejak akhir-akhir ini disebabkan tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Kok Seong berkata, seharusnya sekolah Cina di negara ini mesti ada unsur watan dan Melayu. Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa sekolah Cina ‘bermasalah’ ketika penjajahan British sehingga selepas merdeka.