
(8.03 juta individu selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 / sumber : TV Pertiwi)
RABU, 12 JANUARI – Seramai 8.03 juta individu atau 24.6 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Semalam terdapat pertambahan 218,076 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.

( laman COVIDNOW / sumber : TV Pertiwi)
Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.65 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus yang lengkap divaksinasi.
Manakala, 26 juta individu atau 79.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.88 juta individu atau 97.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

( Kes harian COVID-19 / sumber : TV Pertiwi)
Setelah beberapa hari, positif covid-19 pada 11 jJanuari merekodkan peningkatan kes kepada 3, 175 kes baharu berbanding pada 10 Januari, 2,641.
Setakat ini, jumlah keseluruhan positif berjumlah 2,792,035 kes kumulatif.
Kemas kini data harian dan pecahan kes negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW selepas tengah malam.