
(Ustaz Muhammad Syazwan Menon, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE) / sumber : TV Pertiwi)
JUMAAT, 28 JANUARI – Memberi respond terhadapan dakwaan pertubuhan itu, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ustaz Muhammad Syazwan Menon berkata, tindakan pertubuhan berkenaan melampau batas.
Malah memorandum yang dihantar kepada Jabatan kemajuan islam, JAKIM, itu jelas salah menafsirkan penggunaan kandungan ayat Al-Quran dan Hadis.
Beliau berkata, walaupun berlainan agama, dalam kitab kepercayaan Hindu terdapat banyak ayat menceritakan tentang keesaan Allah.
Jelasnya dalil yang disebut dalam memorandum itu yang menyatakan Islam hanya agama yang diredai Allah bukanlah bermaksud menghina agama lain tetapi menerangkan kebenaran wahyu yang diturunkan Tuhan.
Ustaz Muhammad Syazwan Menon, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE) berkata :
“Pandangan saya tentang memorandum tu sebenarnya benda tu melampaui bataslah sebenarnya kita dalam agama Islam kita memang diminta menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama apabila kita berceramah tentang Allah SWT sebenarnya setiap agama bercerita tentang tuhan yang satu termasuklah di dalam agama hindu sebenarnya mungkin disenaraikan penceramah-penceramah mungkin saya tak sebut nama penceramah terutama yang dihinglkishtkan dalam memorandum tadi tu tetapi apabila kita tengok tentang agama di muka bumi sebenarnya agama dari Allah SWT kita percaya Islam satu-satunya agama yang diredai Allah So, kita boleh kaitkan juga dalil dari agama lain termasuk agama hindu itu sendiri banyak ayat cerita tentang keesaan Allah . banyak veda-veda contoh 32 verses 3 yang mana tiada rupa bagi tuhan itu sendiri.
Tambah Ustaz Syazwan, yang lebih 10 tahun menganut Islam hadis yang dinyatakan dalam memorandum berkenaan adalah memberi tafsiran yang lain bukan seperti yang didakwa.
Malah, tindakan wakil penganut hindu berkenaan juga boleh dianggap menyakiti agama Islam.
“hadis itu sebenarnya maksud orang bukan Islam dibawah perlindungan Islam maksudnya adalah mereka yang menerima ajaran Islam dan mereka beradaptasi ajaran Islam di tempat mereka duduk so apabila mereka timbulkan setiap dari perkataan orang Islam itu satu penghinaan sebenarnya bukan kita yang menyakiti dia tetapi sebalik dia yang menyakiti agama Islam sebenarnya.”