SUBANG – Perkongsian strategik antara Sunway Theme Parks dan PERHILITAN dalam memulihara haiwan sudah lama terjalin sejak sekian lamanya.
Untuk itu, Sunway berpeluang untuk berkerjasama dengan PERHILITAN dengan menubuhkan satu pusat ‘Pemuliharaan Tuntung Sungai’ di Sunway Lagoon.
Program ini bertujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepada orang awam tentang spesis Tuntung Sungai iaitu ‘Batagur Affinis’ yang dikategorikan sebagai haiwan ‘terancam secara kritikal’ (Critically Endangered). Ianya disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi sepenuhnya di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Ketua Pengarah PERHILITAN Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Pengarah PERHILITAN Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, selain pengurusan tertinggi kumpulan Sunway.
Hadirin yang hadir juga turut dijamu dengan masakan bertemakan juadah kampung dari pihak pengurusan Sunway.