Foto : Investopedia
Kuala Lumpur, ISNIN – Gangguan rantaian antarabangsa menyebabkan inflasi meningkat dengan tinggi di beberapa negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah malahan negara jiran seperti Singapura turut mengalami Inflasi.
Di Malaysia, walaupun kadar inflasi rendah namun harga makanan telah menunjukan peningkatan sebanyak 4.1 peratus.
Menurut pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, kadar kenaikan harga makanan itu telah menimbulkan kegusaran serta tanda tanya mengenai pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
“…namun saya melihat dari segi fundamental ekonomi negara kita masih lagi kukuh ditambah dengan harga komoditi seperti minyak gas dan juga minyak sawit yang kekal tinggi walaupun ringgit lemah berbanding dengan US dollar dan mata wang yang lain.”
“Tetapi ini membuka peluang untuk kita meningkatkan eksport supaya ringgit kembali mengukuh dan sebenarnya ringgit melemah membolehkan banyak pelaburan terutamanya FDI untuk masuk ke negara kita kerana kos menjadi lebih murah,”
“Namun kita tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada ringgit yang melemah kerana ia akan menyebabkan barang import akan kekal tinggi dan ini juga akan memberi kesan kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat domestik, dan itulah yang berlaku kalau kita lihat sekarang, kerajaan terpaksa meletakkan harga kawalan dan memberikan susbisidi…”
Beliau berkata pertumbuhan ekonomi yang positif perlu dirasai oleh semua pihak dan disalurkan sama rata tanpa membeza kedudukan orang awam.
Katanya, walaupun negara mencatatkan pertumbuhan yang positif namun keseimbangan hak sama rata perlu ada agar semua keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang positif.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/pindaan-memansuhkan-hukuman-mati-mandatori-akan-dibentangkan-pada-oktober-wan-junaidi/