PUTRAJAYA, Ahad – Cadangan supaya kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata dasar sedemikian jika mahu dilaksanakan memerlukan kajian terperinci di samping kesediaan dan kemampuan rakyat negara ini.
Kerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.
DATUK SERI DR WEE KA SIONG / Menteri Pengangkutan
Katanya, setakat ini terdapat lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan.
Jelasnya, kerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.
Ka Siong berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle KTMB JB-Singapura di JB Sentral,Johor Bahru, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/pas-harap-hubungan-mn-dapat-dikekalkan/