ALOR STAR, Ahad – Sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak dipercayai terbabas sebelum terjunam di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani Baling, petang semalam ditemukan lemas awal pagi Ahad.
Kira-kira 3.30 pagi mayat Masyitoh Ibrahim, 37 bersama dua anaknya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggalam di dasar sungai berkenaan.
Kereta jenis Proton Persona itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata pihaknya berjaya mengesan kedudukan kereta terbabit di dasar sungai itu kira-kira jam 11 malam tadi.
“…untuk makluman mangsa adalah tiga orang, mangsa seorang ibu dan dua orang anak 5 hingga 7 tahun, kita percaya mangsa ini apabila terhempas menjunam ke dalam sungai jatuh di bahagian belakang…mungkin berpelukan…hampir macam tu…”
SYUFAAT KAMARON / Timbalan Pengarah JBPM Kedah
Syufaat berkata pada jam 3.32 pagi mayat masyitoh berjaya dikeluarkan diikuti kdua-dua anaknya selang dua minit kemudian.
Menurut Syufaat pihaknya menghadapi cabaran pada mulanya di mana anggota telah mengikat rantai besi pada mata kren tetapi ia tercabut akibat arus deras.
Katanya, pada cubaan kedua pihaknya berjaya menaikkan kenderaan dan dikatakan mangsa seakan-akan saling berpelukan apabila ditemui.
Difahamkan, mayat tiga beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/