KUALA LUMPUR, Selasa – Pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai kemelut yang berlaku dalam UMNO adalah bukti kecurangan politik terbesar yang dilakukan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap ahli dan akar umbi parti.
Mengulas perkara itu, Penganalisis Politik, Dr Muhammad Tawfik Yaakob berpandangan, presiden UMNO perlu segera melepaskan jawatan kerana beliau dilihat semakin merosakkan parti berkenaan.
Malah menurut beliau percakaran politik yang berlaku dalam UMNO mahupun Pakatan Harapan (PH) ketika ini petanda bahawa negara memerlukan satu nafas dan wajah politik baharu.
Beliau berkata, pemimpin-pemimpin bahagian dan akar umbi perlu segera bertindak untuk menyelamatkan umno daripada terus berada dalam bahtera yang tidak tahu hala tuju sepertimana dakwaan Tajuddin wujudnya jajaran baharu bersama pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar Tawfik, perkara itu nyata memalukan institusi presiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Malah katanya menerusi pendedahan kontroversi oleh Tajudin itu, menunjukkan sejarah politik UMNO yang paling buruk dilakukan oleh seorang presiden semata-mata mahu kembali berkuasa.
Mengulas lanjut, Tawfik berkata, pendedahan Tajuddin itu juga seolah-olah memberi senjata kepada pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum ke -15 (PRU-15).
Jika ramai melihat perpecahan berlaku dalam kalangan pembangkang seperti DAP kenyataan kontroversi itu bukti berlakunya perpecahan yang kritikal dalam UMNO.
Tambah beliau lagi, keadaan ini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perkembangan politik negara dan perpecahan dalam kalangan pemimpin sendiri.
Ujar Tawfik, percakaran politik yang berlaku dalam UMNO mahupun Pakatan Harapan (PH) ketika ini pertanda bahawa negara memerlukan satu nafas dan wajah politik baharu.
Semalam Tajuddin dalam sidang medianya membuat beberapa dakwaan khususnya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara dakwaan beliau adalah akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen UMNO yang diketuai Ahmad Zahid untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri memang wujud.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/