KUALA LUMPUR, Selasa – Ibarat masuk bakul angkat sendiri. Malah banyak putar belitnya. Itu dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung sidang media khas mengenai pemecatan bekas Ahli MKT Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman pada Isnin 27 Jun 2022.
Ibarat masuk bakul angkat sendiri – demikian pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, terhadap sidang media Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam.
Beliau dalam hantaran terbaru Facebook beliau berkata banyak juga fakta yang diputar belit Tajudin.
Katanya banyak pertemuan dianjurkan Tajudin di kediamannya dan mengapa harus dipusingkan fakta 200 darjah.
Dakwa beliau lagi, Tajudin fobia kerana disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan katanya ramai lagi saksi yang hidup.
Dalam sidang media khas semalam, Tajudin mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan jawatan secara terhormat kerana tidak layak memimpin parti.
Tajuddin yang digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO juga mendakwa, Ahmad Zahid sebenarnya mengepalai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.
Mohd Puad turut menempelak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berhubung isu pendedahan yang dibuat Tajuddin.
Tambah Puad, sidang media semalam bagi Annuar itu adalah bola tanggung untuk membelasah UMNO.
Annuar dalam Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis.
Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share,” katanya.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/