KUALA LUMPUR, Jumaat – Sekurang-kurangnya dua hospital di ibu negara akan menghadapi krisis kekurangan pegawai perubatan bulan ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Gerakan Hartal Doktor Kontrak, dalam ciapan di twitter mereka.
Dua hospital yang dimaksudkan itu ialah Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku Azizah berikutan pergerakan keluar Pegawai Perubatan Junior (Floaters) bermula 18 Julai depan.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak turut memuat naik surat jemputan yang berjudul ‘Sesi Perjumpaan Pegawai Perubatan Bidang Pengurusan’ yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi Hospital Kuala Lumpur.
Dalam surat bertarikh 30 Jun ini Timbalan Pengarah Perubatan DUa Hospital Kuala Lumpur, Dr. Marina Abdullah Sani menjemput semua pegawai perubatan pengurusan di jabatan masing-masing bagi membincangkan penyelesaian isu ini.
Sesi perbincangan itu diadakan di Auditorium Utama Hospital Kuala Lumpur pada jam 3 hingga 5 petang tadi.
Gerakan itu memberitahu kekurangan itu bakal berlaku dan akan bertambah parah.
Susulan, kenyataan terbaru Hartal berkenaan para netizen juga mengeluarkan komen merujuk kelewatan rawatan yang dialami pesakit di beberapa hospital kerajaan.
Antaranya di Kajang dengan mendakwa seramai 200 pesakit untuk dilayan oleh hanya dua orang pegawai perubatan dari jam 8 pagi ke 1 petang .
Risiko lain turut dibangkitkan ialah apakah isu hartal yang tidak berkesudahan ini bakal diisi dengan membawa masuk doktor dari luar seperti dari India dan Bangladesh.
Hartal turut mempersoal apakah Kementerian Kesihatan masih berdepan masalah kekurangan pegawai perubatan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/