BANGI, Isnin – ULTRA kiasu mula takut apabila Mat Kilau menjadi fenomena.
Pemerhati politik, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah, berkata dengan fenomena limpahan Mat Kilau ini kerajaan dan orang Melayu mesti tampil ke hadapan dan serius membantu industri seni tempatan dan mengambil peluang dalam keadaan ultra kiasu membisu.
Kerajaan dan orang Melayu mesti tampil ke hadapan dan serius membantu industri seni tempatan serta menyuntik dana untuk anak muda berkarya bagi melahirkan hasil seni sebegini, bagi memastikan ia terus hidup dan jati diri Melayu dan bumiputera mengakar di bumi Melayu ini.
“Saya selalu membuat analogi sebegini. Negara China dan Korea, jati diri Raja-raja dan dinastinya telah pupus. Tetapi mereka berjaya menghasilkan filem dan karya seni beraja dan berjati sehingga pecah panggung. Ratusan dan puluhan siri diterbitkan, menjadi fenomena seluruh dunia, lebih-lebih lagi negara kita, menjadi tontonan sehingga terbit air mata. Mereka berjaya menampilkan jati diri bangsa mereka. ‘’
– Pemerhati politik, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah
Menurut Prof Ridhuan Tee, anak bangsa Melayu Islam mesti dikembalikan berjati diri sebagai asas kekuatan dan masa depan negara tercinta ini.
Dan usaha itu tidak boleh menoleh ke belakang lagi sebaliknya terus bergerak ke hadapan.
Tambahnya jarang sekali berlaku ‘filem purba’ berjati diri Melayu mendapat sambutan anak muda sehingga pecah panggung namun fenomena Mat Kilau telah menunjukkan sedemikain .
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada anak-anak seni berkenaan juga kepada orang kuat belakang tabir iaitu Haji Abdul Rahman Mat Dali, yang sanggup mengeluarkan dana demi menyuntik perjuangan agama dan bangsa Melayu.
Fenomena in katanya menjadikan ultra kiasu, tidak boleh berbuat apa apa sebaliknya mengikut rentak semasa.
Malah, demi undi ada ahli parlimen ulta kiasu yang menaja tiket menonton wayang MAt Kilau.
Persoalannya, kata beliau apa iktibar yang boleh dipelajari dan tindakan segera yang perlu dilakukan?
Pertama, kerajaan mesti tampil membantu karya seni sebegini, demi martabatkan jati diri Melayu Bumiputera dan jangan membiarkan Rahman Dali dan ISMA sahaja.
Kedua, katanya kerajaan mesti memelihara tempat-tempat bersejarah, tanpa dirosakkan dan diganggu-gugat persekitarannya, bagi tujuan penggambaran dan menjaga khazanah seni.
Ketiga, pelaburan untuk anak bangsa dan jatidiri jangan terlalu berkira untung rugi. Meskipun pada mulanya terpaksa menanggung kerugian, jangan pula berputus asa demi jati diri anak bangsa.
Keempat, selain Mat Kilau (Pahang), karya seni lain juga perlu diterbitkan seperti tokokh tokoh pejuang silam yang lain.
Antaranya Tok Gajah ( Pahang), Dato’ Bahaman (Pahang), Pawang Nong (Pahang), Tok Janggut ( Kelantan), Tok Kenali (Kelantan), Rentap ( Sarawak), Rosli Dhobi ( Sarawak), Syarif Masahor ( Sarawak), Kanang AK Langkau ( Sarawak),dan yang lain.
Kelima katanya cukup-cukuplah menerbit filem dan karya seni berkiblatkan barat yang memualkan dan kembali kepada jati diri negeri yang berpaksikan kepada Melayu dan Bumiputera, bersendikan Islam.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/