BANGI, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Bangi tidak ketinggalan mengadakan program ayuh korban dengan kerjasama Surau Apartment Bangi Idaman, Bangi Selangor, sebagai satu syiar setiap tahun pada musim Aidiladha.
Program dilaksanakan secara bergotong-royong bermula jam 7 pagi melibatkan kira-kira 35 orang ahli Isma Bangi dan selebihnya penduduk di Apartment Bangi Idaman.
Menurut Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia Bangi, Ibrahim Azran, sebanyak tiga ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan pada “Pogram Ibadah Korban Bersama Isma” bertempat di Surau Apartment berkenaan.
Selain daripada Isma Bangi dua ekor lembu turut disumbangkan masing-masing oleh Pusat Komuniti Anjung Budi dan Surau An Nur di Apartment Bangi Idaman.
“…Hari ini kita akan bahagikan daging korban ini kepada asnaf yang kita akan edarkan tengahari nanti, dan insya Allah kita doakan ibadah qurban ini akan diterima oleh Allah SWT dan golongan asnaf akan dapat manfaat daripada kurban kita ini….
IBRAHIM AZRAN / Ketua Pemuda ISMA Bangi
Menurut Ibrahim, ibadah korban ini turut diadakan di cawangan-cawangan Isma di seluruh negeri.
Ujar beliau, program korban menerusi ayuhkorban.com yang dilaksanakan ISMA ini merupakan satu inisiatif untuk melibatkan ahli-ahli Isma dalam masyarakat selain untuk menghidupkan ibadat korban di Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Komuniti Anjung Budi, Ustaz Zaizul Irshadi di mana pertubuhan itu yang turut serta menyumbang seekor lembu dalam program kali ini meluahkan rasa syukur apabila ibadat korban tahun ini dapat dilaksanakan dalam keadaan sedikit longgar berbanding dua tahun lalu ekoran pandemik covid-19.
“…bukan perasaan kami sahaja tapi seluruh umat Islam seronok tahun ini Aidiladha diadakan dalam keadaan sedikit terbuka. Sebelum ini, aktiviti korban di buat di rumah sembelihan, tetapi hari ini dibuat dengan penduduk atas inisiatif dengan Anjung Budi, setiap darah yang mengalir itu merupakan pahala untuk peserta korban…”
ZAIZUL IRSHADI ZAMAN / Pengarah Operasi Pusat Komuniti Anjung Budi
Turut meluahkan rasa syukur itu ialah wakil penduduk Apartment Bangi, Idaman, Abdul Aziz yang sudah dua tahun tidak melaksanakan ibadat korban di kawasan penduduk itu ekoran pandemik covid-19.
“…di Bangi Idaman ni, sebenarnya kalau nak diikutkan kita buat sebelum PKP, selepas PKP alhamdulillah dipermudahkan kita dapat 3 ekor. Alhamdulillah.”
ABD AZIZ MOHD ABD MUBIN / Wakil Surau An Nur
Selepas dua tahun dilanda pandemik covid-19, rakyat Malaysia kembali menyambut Aidiladha dalam suasana yang lebih bermakna tahun ini apabila kerajaan mengumumkan perlonggaran Prosedur Operasi Ibadat korban.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/