SEPANG, Isnin – Tiada perasaan yang dapat digambarkan selain lafaz rasa syukur kepada Allah SWT.
Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jeddah pagi tadi, rasa sebak sempurna menunaikan ibadah terasa.
Setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji kerana pandemik Covid-19 banyak negara menyekat kemasukan pelancong terutamanya Arab Saudi.
Bagi pasangan suami isteri Md Razi Md Lazim dan Nurul Zatil Aqmar Mat Lazim berkata pelaksanaan ibadah haji mudah dan lancar walaupun selepas pandemik pelbagai penetapan prosedur perlu dipatuhi.
Tambah Md Razi, disebabkan faktor cuaca yang panas, menyebabkan tahap kesihatan suami isteri sedikit berkurang.
“kesihatan ada naik turun disebabkan faktor cuaca disana sekarang ini sangat panas berbanding dengan Malaysia”
MD RAZI MD LAZIM / Jemaah
Pengalaman sebagai jemaah dan pada masa sama menjadi sukarelawan di bawah Persatuan Sahabat Maktab, amat dihargai dan tidak akan dilupakan Muhammad Anas Rosdi.
Gembira dapat menyantuni jemaah haji kurang berkemampuan beliau juga teruja berbakti kepada jemaah haji tahun 1443 Hijrah ini dengan melakukan pelbagai urusan termasuk pengagihan makanan.
“saya dilantik sebagai sukarelawan untuk Tabung Haji cari orang-orang muda untuk membantu dan memudahkan urusan jemaah haji, kebetulan saya pun muda saya juga mendaftarkan diri untuk membantu jemaah haji. So kami banyak membantu semasa Saie sampai di Arafah sampai di Mina sahabat maktab banyak membantu.”
MUHAMMAD ANAS ROSDI / Jemaah
Selain urusan ibadah – kisah yang dialami di Tanah suci juga dikongsi Nursyafiqah Rosdi.
Pengalaman bergelap ketika melontar Jamrah akibat litar pintas menyebabkan jemaah haji cemas dan mencari pasangan masing-masing.
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 298 orang tiba di tanah air pagi ini di KLIA melalui penerbangan Saudia Airlines SV 5612.
Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar.
Menurut Ahmad Marzuk 49 penerbangan menerusi Malaysia Airlines (MH) dan Saudia Airlines disediakan bagi membawa kesemua 14,305 jemaah haji pulang ke tanah air bermula semalam hingga 13 Ogos ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/07/18/salahkan-pemimpin-jangan-sentuh-ketuanan-melayu-pengarang-tv-pertiwi/