SHAH ALAM, Khamis – Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal SRC International Sdn Bhd petanda ‘wake-up call’ kepada ahli politik dan seluruh rakyat agar tidak memandang enteng undang-undang negara.
Susulan kes itu juga, Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim yakin selepas ini lebih ramai ahli politik akan dibawa ke muka pengadilan dan menerima akibat hasil perbuatan jahat mereka sebagai pengkhianat negara.
“Saya percaya, lebih banyak kes salah laku, rasuah dan salah guna kuasa bakal didedahkan. Lebih ramai yang akan berani dan berkata benar untuk melakukan pendedahan umum (bukan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli seorang sahaja). Ayuh kita bersihkan politik negara dari segala kekotoran dan daki rasuah! Ayuh kita gantikan mereka semua dengan kepimpinan baharu Malaysia yang lebih baik,”
Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Beliau dalam satu kenyataan, dipetik Ismaweb berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan rasuah bukanlah kemenangan kepada sesiapa.
Katanya, ia bukan tanda kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun sesiapa yang menentang beliau sebelum ini.
“Bagi saya sistem kehakiman Malaysia berfungsi dengan sepatutnya dan menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan yang diberikan. Sistem ini sememangnya harus menghukum sesiapa yang bersalah tidak kira siapa pun pesalahnya, atau implikasi hukuman tersebut kepada negara,”
Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Malah ia juga bukan menandakan sistem kehakiman Malaysia telah bebas daripada campur tangan politik seperti disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, sistem kehakiman Malaysia berfungsi dengan sepatutnya dan menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan yang diberikan.
Datuk Seri Najib Razak hari ini menjalani perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Ia adalah penampilan pertama Ahli Parlimen Pekan itu selepas dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/