BANGI, Isnin – Empat kes terbaharu jangkitan sub varian XBB telah dicatatkan ekoran kenaikan gelombang kecil penularan COVID-19 yang merekodkan 0.02 peratus di Malaysia.
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, kes XBB tersebut terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan berumur antara 25 hingga 51 tahun dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Khairy Jamaluddin / Menteri Kesihatan Malaysia
“Semua kes adalah kategori dua dengan gelaja demam, batuk, sakit tekak dan selesema. Hanya satu kes merupakan kes jangkitan semula dan kes-kes ini telah menjalani isolasi selama tujuh hari seperti yang diarahkan di dalam MySejahtera. Semua kontak rapat juga telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan sihat. Justeru orang ramai tidak perlu risau walaupun kes semakin meningkat kerana keadaan adalah terkawal. ” – Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia
Beliau berkata, sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada, ia merupakan sub-varian recombinant daripada sub-varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dengan beberapa mutasi tambahan di spike protein.
Mengulas lanjut katanya, sub-varian XBB lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron yang lain dan dijangka akan menjadi sub-varian dominan menggantikan BA.5 selepas ini.
Sehingga sekararang, masih belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.
Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 16.5 peratus iaitu dari 14,525 kes sejak 23 o hingga 27 Oktober lalu kepada 16,917 kes berbanding minggu sebelum itu.
Namun, jumlah kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 31 peratus iaitu dari 29 kes kepada 20 kes minggu sebelum itu.