TEMERLOH, Isnin- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan calon Parlimen Temerloh pada jam 1.10 tengah hari pada Sabtu.
Bagi Calon 04 Gerakan Tanah Air, Parlimen Temerloh, Aminuddin Yahaya berkata pihaknya akan memperjuangkan isu ekonomi dan masalah penduduk setempat untuk diselesaikan dan akan membantu sebaik mungkin penduduk di temerloh.
“Kita selepas majlis penamaan calon kita akan turun ke kawasan menggerakan jentera kita berkempen. Kita khusus isu ekonomi berkenaan peluang pekerjaan golongan muda dan terdapat masalah yang timbul seperti infrastruktur maslah air. Ini masalah kita akan bawa dan cerita perancangan kita pada pengundi di temerloh ini.” – Aminuddin Yahaya / Calon Gerakan Tanah Air Parlimen Temerloh

Aminuddin Yahaya (dua dari kiri) bersama calon Gerakan Tanah Air DUN Mentakab, DUN Lanchang dan DUN Kualan Semantan semasa penamaan calon
Beliau berkata demikian selepas penamaan calon bagi Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh.
P.088 Temerloh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Gerakan Tanah Air (GTA), Aminuddin Yahaya, Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Perikatan Nasional, Salamiah Mohd Nor dan Pakatan Harapan Mohd Hasbie Muda.
Manakala bagi, DUN Lanchang membabitkan lima penjuru iaitu, Kolonel Zaini Mohamad (GTA), Datuk Razmi Sudin (BN), Rosli Ismail (PH), Hasan Omar PN dan Abdul Jamil Yakob (Parti Rakyat Malaysia).
DUN Kuala Semantan, empat penjuru iaitu Syafiq Khaidir (GTA), Datuk Nor Azmi Md Ludin (BN), Azizul Shah Mohd Noor (PH) dan Hasanudin Salim (PN).
Di DUN Mentakab, meletakkan calon Abdul Wahab Kadir (GTA), Wong Tze Shang (BN), Woo Chee Wan (PH) dan Mohd Yusof Abdullah (PN).