BANGI, Isnin – Bekas Timbalan Presiden PKR, Tian Chua nafi dakwaan pernah menjadi sebahagian puak Datuk Seri Azmin Ali ketika berada dalam parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tian Chua berkata beliau hanya sehaluan dengan Azmin ketika pemilihan parti PKR 2018, menyokong bekas Ahli Parlimen Gombak itu untuk jawatan timbalan presiden.
Tian Chua / Bekas Timbalan Presiden PKR
“Azmin adalah menteri besar (Selangor) sebelum itu dan beliau sudah pun menjadi timbalan presiden PKR. Kami baru sahaja menawan kerajaan persekutuan, dan parti memerlukan kestabilan,” – Tian Chua / Bekas Timbalan Presiden PKR
Beliau menerusi laporan The Vibes menegaskan bahawa dirinya menyokong Azmin ketika itu namun dakwaan orang ramai yang melabel beliau sebagai puak Azmin dianggap sebagai suatu yang sangat tidak adil.
Tambahnya lagi, Chua tidak pernah dianggap sebagai puak Azmin, malah penyandang Parlimen Gombak itu juga mengetahui perkara tersebut.
Di samping itu, beliau turut mendakwa “kewartawanan simplistik” yang mengaitkan dirinya dengan puak Azmin dalam parti.
Bekas naib presiden PKR itu memilih untuk tidak bertanding semula untuk jawatan berkenaan semasa pemilihan parti awal tahun ini.
Tian Chua dilihat sebagai sekutu rapat Azmin yang mengetuai sekumpulan ahli PKR keluar parti, akhirnya menyertai Bersatu.