BANGI, Khamis – Kenyataan PAS yang mendakwa DAP sebuah parti menyokong dan membawa ideologi komunis tidak akan ditarik balik.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya tidak gentar dan tidak akan berganjak daripada pendirian itu walaupun berdepan pelbagai desakan daripada pimpinan DAP.
Abdul Hadi juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mendedahkan pengaruh komunis dalam pentadbiran DAP terserlah ketika parti itu mentadbir Pulau Pinang.
Sementara itu, beliau yang juga penyandang Parlimen Marang memaklumkan telah dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak akan menarik balik dakwaan terhadap DAP sebuah parti menyokong dan membawa ideologi komunis.
Beliau berkata ketika mengulas laporan polis oleh pemimpin DAP yang mendakwa beliau bersikap rasis dan fitnah membabitkan isu parti komunis.
Walaupun mengakui bukan semua pimpinan DAP dipengaruhi ideologi komunis, Abdul Hadi berkata PAS tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) kerana mendakwa agenda politik mereka sangat ‘bahaya’.
Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden PAS di Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS memilih untuk keluar daripada Pakatan Rakyat pada 2008 susulan ia berpunca daripada agenda DAP dan PH yang menjauh daripada prinsip parti tersebut.