BANGI, Rabu – Kemelut politik yang berlaku di Malaysia dapat dilihat apabila PAS menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana menganggap DAP bakal mendominasi kerajaan baharu.
Ketamakan DAP juga dapat dilihat semasa pemerintahan PH selama 22 bulan sebelum ini telah menuntut pelbagai perkara yang dianggap tidak logik dan bercanggah dengan perlembagaan.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Kartini Aboo Talib berkata DAP kurang sopan dalam urusan watan walaupun pembentukan kerajaan masih belum sempurna.
Profesor Doktor Kartini Aboo Talib / Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
“Harus diingat PH hilang lebih 100 kerusi parlimen dan BN hanya mampu mempertahankan 30 kerusi parlimen, ini memberi tanda besar bahawa rakyat muak dengan politik rasuah dan politik di bawah naungan DAP yang agak kurang bersopan dalam unsur watan dalam perlembagaan yang tidak habis digugat DAP menerusi pakatan harapan. Sekarang pun kita sudah lihat, kerajaan belum naik sepenuhnya, DAP Sarawak telah menuntut supaya org cina diberi taraf bumiputera, perkara ini tidak digemari oleh masyarakat Melayu Islam,” – Profesor Doktor Kartini Aboo Talib / Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
Beliau ketika dihubungi TV Pertiwi turut menafsirkan tiga bentuk kerajaan iaitu minoriti, campuran dan perpaduan.
Menurutnya, kerajaan minoriti melibatkan semua ahli dalam parlimen dengan adanya undi percaya untuk mengelakkan kekakuan politik dalam keputusan berkait dengan belanjawan atau dasar negara.
Manakala kerajaan campuran adalah gabungan kerajaan yang mempunyai beberapa elemen iaitu demokrasi, aristokrasi dan monarki.
Prof Kartini juga berkata kerajaan perpaduan ialah apa yang berlaku di Malaysia sekarang atas titah Yang di-Pertuan Agong, untuk memastikan semua ahli parlimen yg menang pilihan raya tanpa majoriti jelas boleh bekerjasama secara kolektif dan berpartisipasi mengurus negara tanpa mengira blok.
Bagaimanapun katanya, keputusan Perikan Nasional yang mahu menjadi blok pembangkang perlu dihormati dan kerajaan yang dibina dianggap sebagai kerajaan kesepaduan.
“Perikatan Nasional mahu menjadi blok pembangkang, saya kira cadangan itu harus dihormati maka istilah perpaduan tidak boleh digunakan lagi tapi boleh kekal model kerajaan kesepaduan. Maksud kesepaduan ialah cohation adanya keadaan bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju.
Bermakna gabungan yang ada tidak membentuk kerjaaan PH tetapi sebuah kerajaan kesepaduan dengan kerjasama BN, GPS dan GRS, cuma jika BN menarik undi untuk tidak bersama terutama dalam pemilihan agong UMNO nanti dan jika itu berlaku, GPS dan GRS ada kemungkinan akan ikut serta dengan BN, maka kerajaan kesepaduan boleh terbubar pada bila-bila masa.”- Profesor Doktor Kartini Aboo Talib / Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), UKM.