Bangi, Jumaat – Penafian demi penafian diberikan pemimpin DAP kerana didakwa sebagai Islamophobia walaupun tindakan dalam menentang usaha memartabatkan agama Islam sering dilakukan mereka.
Jurucakap Gagasan Bangsa (GB) Aminuddin Yahaya berkata kepimpinan DAP tidak pernah mempunyai respon bersetuju dalam usaha negara memartabatkan agama islam sebaliknya pejuang Islam di label mereka sebagai ektremis.
Aminuddin berkata, isu islamophobia menjadi alat sejak dahulu bagi menakutkan orang ramai untuk mengenal dan mencintai Islam sedangkan Islam membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua agama dan kaum.
“Islam sering dilabelkan sebagai ektremis dan pemimpin mereka dahulu pernah berkata kalau ingin laksanakan aturan islam perlu langkah mayat mereka dahulu, perkara itu tidak selari dengan perlembagaan Islam sebagai agama persekutuan”
Selain itu, tindak tanduk DAP katanya, sering menggambarkan Islam sebagai kejam dan mempengaruhi orang muda untuk skeptikal kepada agama Islam.
Susulan itu, Aminuddin turut menyifatkan terdapat pencanggahan terhadap penafian dan tindakan DAP dalam menghalang islam dimartabatkan sebaiknya dalam negara.