BANGI, Ahad – Sebahagian realiti penidasan yang berlaku ke atas rakyat Palestin dapat dilihat menerusi filem Farha yang ditayangkan di Festival Filem Toronto pada 14 September 2021 dan mula disiarkan di Netflix pada 1 Disember 2022.
Farha diinspirasikan melalui kisah benar berlatarkan peristiwa Nakbah 1948 atau lebih dikenali malapetaka rakyat Palestin menceritakan kisah seorang gadis Palestin berusia 14 tahun bertukar derita apabila menyaksikan kekejaman tentera Zionis membunuh seluruh keluarganya, termasuk bayi.

Filem Farha ditayangkan di Festival Filem Toronto pada 14 September 2021 dan mula disiarkan di Netflix pada 1 Disember 2022.
Filem yang berdurasi 1 jam 31 minit itu merupakan arahan, Darin J. Sallam, berjaya memperoleh anugerah ‘Filem Remaja Terbaik’ di Anugerah Skrin Asia Pasifik ke-15 yang diadakan di Australia.

Filem Farha memperoleh anugerah ‘Filem Remaja Terbaik’ di Anugerah Skrin Asia Pasifik ke-15
Filem Farha turut mendapat tentangan dan bantahan hebat terutama pemimpin Israel yang tegas menolak filem itu dan menganggap sengaja memburukkan negara haram Israel dan tenteranya.
Sehubungan itu, orang ramai boleh menonton Filem Farha di Netflix kemudian berikan like atas tanda sokongan.
Selain itu, boleh melayari Google Review dan Internet Movie Database (IMDB) memberikan 5 bintang dan ulasan yang baik bagi meningkatkan rating filem Farha.

Antara komen-komen netizen tanda sokongan terhadap Filem Farha
Rata-rata netizen prihatin dengan nasib Palestin dan menyatakan sokongan mereka serta berpendapat apa yang berlaku kepada rakyat Palestin lebih teruk berbanding yang dipaparkan dalam filem Farha.