BANGI, Rabu – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet berkata, senarai Timbalan Menteri akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
“Insya-Allah, calon-calon Timbalan Menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya di laman Facebooknya, hari ini.
Sabtu lalu, seramai 28 Menteri penuh mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ia termasuk dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet.
Menurut Anwar, mesyuarat Kabinet yang beliau pengerusikan hari ini berjalan lancar.
Jelasnya, ia penuh dengan suasana harmoni dan produktif.
“Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,” ujarnya.
Kabinet Kerajaan Campuran pimpinan Anwar mula dibentuk apabila beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu.