BANGI, Jumaat: Seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Menurut polis, setakat jam 0 pagi tadi, 92 mangsa disahkan terlibat, 53 orang ditemui selamat, 7 cedera, 8 meninggal dunia manakala 24 mangsa masih belum ditemui dalam kejadian di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm itu.
Dilaporkan, kejadian tersebut berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.
Seramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berkenaan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Bagaimanapun polis masih belum mengesahkan identiti kedua-dua mangsa.
Difahamkan, jumlah mangsa seramai 79 orang termasuk 15 pekerja tapak perkhemahan.
Seramai 37 orang diselamatkan di tapak perkhemahan berhampiran Gohtong Jaya berikutan tanah runtuh berhampiran sebuah ladang organik awal pagi ini.
Berdasarkan, sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.
Seramai 23 orang dalam keadaan selamat, dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.
Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.
Terdahulu, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.