BANGI, Ahad – 21 orang mangsa yang meninggal dunia susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor telah dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari Ahad.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berkata, individu tersebut adalah Lim Wei Xin (36 tahun), Hong Mei Jing (38), Nurul Azwani Kamaruzaman (31), Lai Lee Yin (37), Lai Lee Koon (44), Ka Kok Boon (43).
Turut dikenal pasti, Eng Choon Wen (43), Ka Sin Ya Vanya (6), Lam Sook Man (37), Wong Kim Yap (34), Fong Choy Kee (43), Liu Pei Si (44), Chin Su King (36), Lai Chee Sam (33) dan Gain Choo Yin (35).
Selain itu, enam lagi mangsa melibatkan kanak-kanak adalah Tong Kai En (9), Zech Loh Qi Yi (7), Eng Huai Yi (12), Ng Yee Tong (11), Daniel Khor Yen (5) dan Wong Zi Hang (1).
Menurut Nadma, proses bedah siasat untuk semua 24 mayat yang dijumpai telah selesai dijalankan.
Tambahnya, proses mengenalpasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi tiga kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, dan pengecaman pihak waris pada wajah atau pun barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.
Selain itu, Nadma turut mengeluarkan status bagi lapan mangsa yang dirawat.
“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” – NADMA