BANGI, Sabtu – Satu akaun di Facebook menggunakan nama Encik Murtad mengeluarkan hantaran berbaur hasutan dengan mempromosikan forum rasmi “Murtad4RM” sempena tahun baru 2023 yang dianjurkan Gerakan Murtad Malaysia (GMM).
Pemilik akaun itu turut memaklumkan pendaftaran secara percuma dan berkisarkan mengenai kebebasan beragama, kebebasan hak manusia dan bertukar pandangan berhubung kaum minoriti dan agama.
Malah, katanya peserta yang mahu mengikuti forum itu diberi ruang menggunakan identiti diri bukan sebenar.
Akaun Encik Murtad Dipercayai telah bergerak selama setahun secara aktif mempromosikan murtad dan penyertaan dalam GMM termasuk di laman sesawang mereka.

Forum dianjurkan cuba mencari ruang untuk menjatuhkan agama Islam
Satu lagi akaun facebook yang sama diwujudkan dengan menggunakan nama Encik Murtad Kedua.
Selain itu, forum berkenaan turut dipromosikan menerusi akaun Twitter dan Instagram

Akaun Youtube Gerakan Murtad Malaysia mengeluarkan video berbentuk menghina agama Islam
GMM mempunyai akaun di Youtube dengan memperomosikan unsur-unsur murtad dan mengeluarkan video berbentuk provokasi terhadap agama Islam.
Sehingga kini, akaun Encik Murtad dan Gerakan Murtad Malaysia masih aktif dan tidak disekat.