BANGI, Ahad – Mulai 3 Januari ini, Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China berikutan peningkatan kes Covid-19. Susulan trend peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan, pihak berkuasa Maghribi telah mengenakan larangan ke atas seluruh pelancong dari China daripada memasuki ke negara itu tanpa mengira kewarganegaraan.
Menurut laporan agensi, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan gelombang penularan baharu di negara itu.
Sementara itu, Kanada semalam turut mengumumkan pelancong China, Hong Kong dan Macau perlu menyerahkan keputusan kit ujian saringan Covid-19 yang berstatus negatif sebelum menaiki penerbangan ke negara itu.
Justeru, langkah larangan dan penetapan arahan yang baharu ini akan dilaksanakan selama 30 hari serta pihak berkuasa akan menilai semua apabila lebih banyak data diperolehi.
Langkah terbaru Maghribi itu menjadikan negara itu bersama-sama dengan Kanada, Australia dan Sepanyol menjadi negara yang mengenakan sekatan perjalanan ke atas ketibaan pengembara dari China berikutan lonjakan kes COVID-19 di sana.
Kenyataan rasmi Maghribi ekoran larangan sekatan pelancong dari ChinaMemetik kebimbangan mengenai gelombang jangkitan baharu dan kekurangan maklumat mengenai varian dari China, lebih daripada 12 negara telah mengenakan sekatan baharu COVID-19 ke atas pengembara dari China.