AHAD, Bangi – Pandangan seorang Muslim perlu melangkaui kepentingan peribadinya bagi melihat dari perspektif umat yang mana dia adalah sebahagian daripadanya.
Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa berkata Islam yang dijunjung mengajar umatnya untuk menjadi seorang yang proaktif dan meletakkan diri dalam kancah perjuangan membela umat dan menjaga agama.
Beliau menyeru umat Islam membangunkan aspirasi ummah fadhilah iaitu umat yang unggul pada masa akan datang atas dasar kepatuhan kepada syariah, ketinggian akhlak dan moral, kesatuan ummah, pembudayaan ilmu, dan kesetiaan kepada tanah air.
Sehubungan itu katanya, tahun 2023 perlu diisi dengan penuh makna dan meletakkan keazaman yang tinggi sebagai seorang muslim yang hakiki, warganegara yang setia, dan ahli dalam masyarakat yang peka dan cakna dalam pembinaan masyarakat dan pembangunan negara.