BANGI, Isnin – Liputan 5G di seluruh negara mencapai hampir 50 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) setakat akhir tahun lalu.
Ketua Pegawai Operasi Digital National Bhd (DNB), Nasution Mohamed, berkata ranngkaian itu membabitkan 3,900 tapak yang dapat dicapai 15 juta penduduk dan dijangka bakal mencapai 30 juta orang apabila dilaksanakan sepenuhnya.
Menurutnya dalam kenaytaan hari ini DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus COPA menjelang akhir tahun 2024 atau lebih awal.

gambar hiasan
Kelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5G dapat dipercepatkan dengan sokongan penuh yang diberikan pihak berkuasa negeri dan tempatan selain berjaya menyelesaikan isu tapak tertangguh seterusnya mencapai tahap lebih pantas sepanjang bulan lalu.
Setakat ini, DNB mencapai lebih 90 peratus liputan COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor dan kira-kira 50 peratus di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan.
“Negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 ataupun lebih awal,” katanya.