BANGI, Rabu – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan usul mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dikemukakan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal berlangsung dari 11 hingga 14 Januari ini.
Bagaimanapun, Penganalisis Politik, Prof Dr Azmi Hassan menjelaskan, jika usul berkenaan tidak dikemukakan, ia masih memberi kebebasan kepada perwakilan parti itu untuk mengadakan pertandingan pemilihan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bercakap pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan diadakan pada 11-14 Januari 2023
Mengulas lanjut, Dr Azmi berkata, maksud kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu adalah bahawa pertandingan pemilihan jawatan tertinggi tersebut masih berjalan seperti biasa sekiranya tiada usul lain yang wujud ketika ucapan Presiden UMNO dalam PAU nanti.
Dalam pada itu, Dr Azmi turut memaklumkan, selagi tiada sekatan terhadap usul itu, maka wujud kebebasan untuk mana-mana pihak dalam UMNO menyusun strategi politik mereka.
Sepertimana yang dilakukan oleh sekumpulan kecil pemimpin tertinggi UMNO yang didakwa membentuk satu rundingan sulit di London baru-baru ini.
“Rundingan sulit di London itu wujud kerana kumpulan kecil tersebut mahu menaikkan presiden yang baharu dan menjatuhkan presiden ketika ini iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.
Selain itu, beliau turut menyatakan, dipercayai rundingan sulit di London itu wujud kerana kumpulan kecil tersebut mahu menaikkan Presiden yang baharu dan menjatuhkan presiden ketika ini iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Oleh yang demikian, beliau turut menjelaskan bahawa kumpulan rundingan sulit berkenaan masih lagi merisik dan mengetahui hasrat akar umbi di dalam parti UMNO itu sendiri.