BANGI, Rabu- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau akan mempengerusikan Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63 di Kuching, Sarawak pada bulan hadapan.
Sehubungan itu, Anwar turut menyatakan, satu pertemuan akan dibentuk bersama Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.

SIDANG MEDIA PASCA MESYUARAT KABINET DI JABATAN PERDANA MENTERI
Menurut Anwar , satu keputusan mengenai soal kuasa penyeliaan gas di Sabah dan Sarawak sudah diputuskan. Kini hanya menunggu tindakan muktamad daripada Ketua Menteri Sabah setelah memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan, Timbalan Perdana, Menteri Datuk Fadhilah akan mempengerusikan dan menyegerakan isu MA63 bersama Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Nizam Abu Bakar.
Terdahulu, kerajaan digesa segerakan semakan semula warta berkenaan Pemberian Khas kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.