BANGI, Rabu – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kuasa bagi meluluskan projek di bawah RM50 juta telah diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan.

Kuasa selia gas sepenuhnya di Sarawak dan di Sabah juga telah diluluskan
Kini Sabah serta Sarawak tidak lagi perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan agar projek yang sewajarnya dibentuk tidak dilengahkan berdasarkan kerenah birokrasi dan peraturan oleh penguatkuasa sebelum ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pihaknya telah membincangkan mengenai keputusan menurunkan kuasa kepada bekalan gas Sabah dan Sarawak lantas meluluskan isu berkenaan.