BANGI, Khamis – Sekatan kemasukan pelancong China ke Malaysia telah banyak disuarakan namun sukar untuk dilaksanakan kerajaan susulan sekatan itu tidak dibuat secara keseluruhan di peringkat global.
Susulan itu, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lonjakan kes namun situasi komplikasi teruk berada dalam keadaan rendah.
“Saya berpendapat, kita memang berisiko dapat lonjakan kes tapi risiko untuk kita berdepan dengan masalah kelumpuhan sistem perkhidmatan kesihatan atau mereka yang mendapat komplikasi teruk agak rendah,” katanya ketika dihubungi TV Pertiwi.
Beliau turut menjelaskan, komplikasi rendah tersebut adalah disebabkan liputan vaksin yang sangat baik di Malaysia.
Tambahnya, sub varian omicron BA-5.2 dan BA.7 sememangnya menyebabkan lonjakan kes tetapi tiada data jangkitan teruk atau kematian yang dikaitkan.
Berdasarkan data terkini, Dr. Malina menjelaskan sepanjang satu hingga dua minggu lalu tidak ada tanda-tanda baru yang mencatatkan virus baharu sehingga mencatatkan virus baharu kerana ia disebabkan laoporan data China yang tidak tepat.
Jelasnya, pada tahun 2022 banyak kes dari China yang tidak dilaporkan.
Dalam pada itu, Dr. Malina turut mengesyorkan agar rakyat memanfaatkan vaksin dos penggalak yang telah disediakan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pola pemakanan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.