BANGI, Isnin – Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) sedang giat menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak menggunakan bank soalan yang sama bagi subjek Bahasa Melayu dalam semua aliran sekolah di negara ini.
Dalam satu kenyataan lantang yang dikeluarkan oleh Jiao Zong, pihaknya tidak mahu pelajar Cina disusahkan dengan penggunaan silibus soalan Bahasa Melayu yang selaras dengan aliran sekolah kebangsaaan kerana ia akan menjejaskan fokus pelajar-pelajar terhadap bahasa Cina itu sendiri.
Justeru, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Siong menggesa Jiao Zong untuk menukar kembali mentaliti kuno mereka mengenai Bahasa Melayu yang hanyalah bahasa etnik dan bukannya bahasa identiti nasional negara.
Kok Siong turut menyarankan agar bantahan secara lantang dibuat oleh pelbagai pihak selain Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menghentikan permintaan yang kurang relevan daripada gabungan tersebut.
Sebelum ini, Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut menyarankan agar Kementerian Pelajaran (KPM) tidak tunduk kepada tekanan yang dibentuk oleh gabungan tersebut.