BANGI, Khamis – Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA, Dr Suriani Sudi menggesa kerajaan untuk mengubah dasar kod pemakaian seragam syarikat penerbangan bagi membolehkan pramugari muslim memakai tudung atau tunik ketika menjalankan tugas mereka di penerbangan.
Sehubungan itu, Dr Suriani tampil berkata, dimana letaknya maruah negara ini yang merupakan sebuah negara Islam lantas menegaskan kerajaan wajar membentuk tindakan yang sama seperti British Airways.
Kod pemakaian yang tidak tertutup ini menyebabkan sesetengah wanita muslim di negara ini terpaksa membuka tudung ketika bekerja malah terpaksa menarik diri daripada terlibat dengan kerjaya berkenaan.

British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu buat kakitangan serta pramugari bertudung.
Terdahulu,tular di media sosial, sebuah syarikat penerbangan British Airways telah memberi kebebasan kod pemakaian seragam mereka buat kakitangan yang bertudung buat pertama kali setelah tempoh 20 tahun.
Syarikat itu, mula memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik mahupun tudung buat kru kabin wanita serta pemilihan pakaian gaun, skirt atau seluar dan bukans sekadar “jumpsuit”.