BANGI, Khamis – UMNO menjalinkan kerjasama dengan DAP pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana parti berkenaan tidak lagi bermuka-muka dalam setia kawan.
Itu penjelasan diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang tampil ke depan menyatakan sekiranya UMNO bersama dengan Perikatan Nasional, ia hanya akan menimbulkan kesukaran dalam libat urus negara dan segala bentuk perbezaan diantara mereka pada masa akan datang.
Selain itu, Mohamad Hasan turut menyifatkan DAP merupakan parti yang tidak bermuka-muka dalam mengenai setia kawan dan menyatakan kedua parti berkenaan amat memahami pendirian parti masing-masing sehingga tidak perlu berpura-pura lagi.
“Kita memang kenal pendirian mereka (DAP). Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setia kawan. Setia kawan macam kawan kita, mereka tidak berpura-pura senang kita hendak pendirian mereka, Kita pula tidak perlu berpura-pura, jadi kita duduk yang tidak akan berpura-pura,” – DATUK SERI MOHAMAD HASAN / Timbalan Presiden UMNO
Beliau berkata demikian, ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.
Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Rembau, menyatakan pihaknya sedar akan identiti DAP yang sebenar, dengan itu mereka akan membuat pilihan yang sesuai bagi membolehkan libat urus perbezaan antara kedua parti itu terbentuk.
“Kita tahu siapa itu DAP. Kita tahu siapa itu PKR dan AMANAH. Maka kita membuat keputusan, berdasarkan pilihan paling sesuai, untuk membolehkan kita mengurus perbezaan pada ketika itu”, ujarnya lagi.
Terdahulu, beliau turut menjelaskan pilihan UMNO untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) bakal menjadikan UMNO antara parti yang mewakili kepentingan orang Melayu dalam kerajaan campuran ini.