BANGI, Jumaat – Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hisamuddin Tun Hussein menyifatkan sokongan beliau melalui surat akuan bersumpah ( SD) terhadap Perikatan Nasional bukanlah satu simbol pengkhianatan, tetapi ia lebih kepada memenuhi kehendak parti sewaktu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 dahulu.
Ekoran itu, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau memohon maaf apabila digelar sebagai pengkhianat parti.
“Saya cukup yakin bahawa apapun yang telah pun berlaku, tiada benda apa benda yang kita apologetic, sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti,” – DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN / Ketua Bahagian UMNO Sembrong
Dalam pada itu, Hishamuddin turut mempertikaikan mengapa beliau digelar pengkhianat, apabila keputusan menyokong Perikatan Nasional juga merupakan antara kehendak partinya dan menyarankan agar kemelut ini tidak lagi berlaku kerana pelbagai pihak sudah muak dengan perkara ini.
Katanya, itu merupakan kehendak parti di mana beliau sendiri telah bersetuju Kerajaan Perpaduan dibentuk serta menyoalkan dimanakah pengkhianat seperti yang didakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Jadi bagi saya, saya mahu ingat kan kepada semua pihak, orang ramai di luar sana, sudah agak mual, muak dan bosan dengan cara kita berbalah dan bertelagah, untuk sesama kita, kerana penting untuk parti melihat kehadapan,”
Beliau turut mempersoalkan mengapa dirinya digelar pengkhianat bersama sembilan lagi Ahli Parlimen yang lain setelah bertindak menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada pasca PRU-15.
Terdahulu , Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan sebanyak 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk daripada UMNO yang bertindak menandatangani surat akuan ataupun SD yang menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).