AKKAR, Sabtu – Lubnan kini sedang mengalami krisis ekonomi dan kewangan terburuk dalam sejarah.
Lapor L’Orient Today, sebungkus kecil roti Lubnan kini seberat 340 gram dan akan dijual pada harga LL10,000 iaitu RM28.64 berbanding kadar sebelumnya LL10,000 untuk 365 gram pada Oktober 2022.
Manakala roti paket sederhana seberat 835 gram dijual pada harga LL17,000 (RM48.68), berbanding LL16,000 (RM45.82) untuk paket 800 gram sebelum ini.
Bagi sepaket besar roti arab seberat 1,107gram adalah LL21,000 (RM60) berbanding LL20,000 untuk 1,065 gram (RM 57.27).
Peningkatan harga roti yang berlaku hampir setiap bulan pada tahun 2021 dan 2022 memberi kesan besar pada pelarian Syria.

Peningkatan harga roti Lubnan yang menjadi makanan asas menekan pelarian Syria
Dalam perjalan ke Arsal, kru Tv Pertiwi sempat bertemu dengan Muhammad Mahmud yang berumur 13 tahun di Kem Daddah sedang mengutip cebisan roti yang berada di tanah.
Roti yang dikutip itu akan disimpan dan digunakan ketika waktu yang memerlukan.
“Haram rezeki dibuang, Allah haramkan kita buang makanan. Biarlah kami kutip makanan yang dibuang atas tanah.” kata Muhmmad.
Sementara itu, di Kem Tufail, Ketua Komuniti, Soleh Abdul Rahim berasa syukur dengan bantuan yang tiba daripada Aman Palestin berbentuk kotak makanan dan minyak pemanas.
Beliau berkata, selama enam bulan mereka tidak menerima bekalan makanan yang mencukupi.
“Majoriti keluarga di sini dikeluar daripada senarai penerima bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kami di sini kurang bekalan makanan sebab kami tidak dapat pertolongan.
“Inilah pertubuhan pertama datang ke kem kami memberi bantuan makanan dan minyak pemanas. Terima kasih,” kata Soleh.
Sehubungan itu Aman Palestin telah mengagihkan 800 kotak makanan kepada 800 keluarga termasuk di kem pelarian Syria Akkar yang mempunyai 140 kem.
“Jadi di sini Aman Palestin memberi bantuan kepada mereka kerana mereka tidak mampu untuk membeli keperluan makanan mereka di sini maka kita berika 1 kotak makanan kepada 1 keluarga mudah-mudahan akan meringankan sedikit bebanan mereka sepanjang usim sejuk ini,” kata Ustaz Ismail Muhammad Juffri.
Orang ramai yang ingin menyumbang, boleh salurkan melalui Bantuan Musim Sejuk Palestin Syria dan Yaman di akaun Maybank Aman Palestin atau ke akaun tabung Aman Palestin yang tertera.