BANGI, Isnin – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan sekali lagi kebimbangan mereka berhubung kehadiran pelancong dari China.
Menerusi satu hantaran di Facebook pertubuhan itu, ia menyatakan sebelum ini telah mempersoalkan berhubung apakah berlaku kepincangan dalam pentadbiran sehingga jumlah pelancong luar sebesar itu ‘lenyap’ dan tidak kembali ke negara asal.
Justeru, PEMBELA mahu kerajaan mengambil tindakan drastik dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di dalam negara.
Manakan tidak, kata kenyataan itu ini kerana 1.2 juta orang pelancong China yang sebelum ini didedahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Mereka membangkitkan persoalan bagaimana pula dengan angka yang mungkin tidak direkodkan?
Namun apa yang lebih menggerunkan, kata mereka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini juga telah mengeluarkan kenyataan yang mana jika isu rakyat China ‘hilang’ di Malaysia ini jika tidak dibendung, maka rakyat negara ini jangan berasa hairan dalam tempoh tiga tahun akan datang jumlah yang ‘hilang’ mungkin sudah pun meningkat menjadi dua juta orang.
Menurut kenyataan PPIM itu, sekiranya ia menjadi realiti, apakah nasib bangsa anak Melayu.
PPIM turut mempersoalkan apakah Malaysia bakal jadi Tanah Besar Kedua?