BANGI, Rabu – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming baru-baru ini membawa masuk pakar Pembangunan dan Perumahan (HBD) yang merupakan sebuah syarikat pembangunan dari Singapura untuk berkongsi kepakaran serta kejayaan negara itu.

Rakyat Singapura turut mengalami kegagalan untuk mendapatkan rumah flat jenis Built-To-Order (BTO)
Berikutan itu, tindakan beliau menerima reaksi yang pelbagai oleh masyarakat di negara ini, susulan kebanyakan pakar perumahan Singapura mempunyai pelbagai isu antaranya harga rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat, isu waktu pembinaan rumah yang panjang serta kegagalan mendapat rumah flat jenis Built – To – Order (BTO).
Sehubungan itu, Naib Presiden Berjasa, IR Lukman Al-Hakim tampil mempersoalkan apa sebenarnya kejayaan yang wajar dibanggakan dengan kepakaran dari Singapura itu.

Nga Kor Ming membawa masuk pakar perumahan Singapura walapun kepakaran turut dimiliki oleh rakyat tempatan
Lantas beliau menegaskan, tindakan Kor Ming merupakan satu tindakan yang tidak komited buat agenda pembangunan negara.
Beliau turut menyifatkan Kor Ming jelas menjadikan China dan Hong Kong sebagai kiblat serta panduan utama bagi memperkasakan lagi kementeriannya.
Justeru, beliau berkata, mengapa Kor Ming perlu lebih mempercayai dan mencari kepakaran luar berbanding rakyat di negara ini bersusah payah menggenggam segulung ijazah dalam bidang tersebut.